Stalkers

Sunday, 4 December 2011

Opinion please !

 ‎Is 20 years old too young to get married?



 A)

 


B)

Monday, 28 November 2011

Selamat Hari Lahir Mizwan !



Good Mornoon !
Hari ni aku bangun awal..tapi blogging lambat.
Soooo, jadi lahhh Mornoon !
*Morning plus Afternoon*
HEHE

Greetings bloggers !
Korang ape kabo?
Sehat?
Harap korang sehat selalu selalu and selalu okayyy?

Neway, tadi dah wish mornooon kan...
Now nak story pasal apa yang berlaku semalam !

Okay, tengok niiii :


BIRTHDAY BOY

Nama : Mizwan a.k.a Ijan

Okay, korang tauuu?
Semalam bersamaan dengan 27 November 2011 merupakan anniversary kelahiran Ijan yang ke 19 tahun !

Happy Birthday to youuu...
Happy Birthday to youuu...
Happy Birthday to youuu...
Happy Birthday to Ijannnn !

Semoga panjang umur !
Dimurahkan rezeki !
Dirahmati dan Diberkati olehNya !

Anyway, semalam kitorang outting ramai-ramai g makan KFC je.
Celebrate birthday Ijan without cake !

Sorry Ijan ;(
Takpeee, yang penting kita-kita semua have fun gila gilaaaa kan?

Buktinya :


Aku, Yus and Sueha !


Faizal and Birthday boy !


Siti Fariza !

Okay, tu lah kitorang-kitorang yang outting semalam.
^^

Gambar ramai-ramai dekat KFC je.
After that, berpecah sudahhhh.

Aku dengan Yus pergi buat ni :







Nahhh !
Aku gn Yus g buat rambut gulung-gulung a.k.a curl !
Dah lama ngidam wehhh !
HAHA

Tapi maintain aku gemukkkk !
Haishhhh
-.-

Plus yang lain-lain selain aku dengan Yus dah hilang ntah mana lah 'berwindow shopping' kat bandar segamat tuuu !

At last, diorang balik dulu petang tu naik bus uitm, free je kannn.
Aku dengan Yus balik malam kotttt..
Naik taxi yang mahal nak mampussss !

THE END

Anyway, tu je dulu buat masa nih.
Sebab dah mornoon..so nak g makan-makan dulu dengan diorang-diorang ni !

Take care koranggg !
Hugs ! Kisses ! Warmest regards !
I love You lahhh korang !

You followed, I follow back !
&
I followed, You follow back !













Saturday, 26 November 2011

Guinea Pig a.k.a Guinea Vavi



Good Morning Bloggers !
Woke up at 9:30 am.
Having Mee Sedap for breakfast with Adiba
*ex-roommate*
Tak mandi pun takpe, HALAL !
HAHA !
o.O

Okay lah, tak payah nak sekiping sepiking sangat lah kan aku nih
-.-
Bukan fluent mana pun aku sepiking.
Mak Abah aku boleh lah.

Btw, bukan nak wish morning je.
Tapi ada lagi mende lain aku nak share dengan korang-korang si kaki bloggers nih.

Nahhh !
Tengok gambar binatang ni.
Tengok BINATANG tu saje okay !



Guinea Pig lahhh!

Nama dia Ms. Pitbul tauuu...

Sangat comel.. !
Tapi..bukan aku punya lahhh.
Dia ni pet kawan aku, yang Adiba tadi tu.
Harini aku kena jaga dia sebab Diba nak balik rumah.
Leceh nak bawak dia ni sekali.

Memang nasib dia lah kena tidur dengan aku kannn malam ni.
HAHA
Dah la kecik je, geram aku tengok binatang ni sibuk nak lari.
Lari bukan laju mana punn..haishhh !
Ada hati jugak tuuuu :p

Rasa  nak GIGIT-GIGIT je si Pitbul ni !
Aku tak sure pulak umur dia ni berapa.
Agaknya still dalam golongan  Baby or Kanak-kanak kottt.

Anyway,
Tak padan dengan kecik..
Tapi dah pandai naik sheikhhh !
HAHA
Korang jangan fikir lain pulak yeaaa..
Bukan naik sheikhhh tang lain..dia ni konpem gelepar semacam kalau dengar bunyi plastic makanan dia.
Tak reti diam doeee !

Jealous aku tengok Diba ada pet sendiri kat hostel.
Pet aku binatang kucing tu kat rumah.
Tak kan lah aku nak bawak ke sini pulak kannn !

Aku nak Guinea Pig a.k.a Guinea Vavi nih !
HAHA
So, sape-sape baik hati....

Belanja aku 1 bolehhhh?
^^

Tak pun bagitau aku mana place nak dapat murah !

Please please pleaseeeee korang !

Okay tu je !
Tolong tauuuu !
Thanks !

Hugs ! Kissess ! Warmest regards !
I love You lahhh korang !

You followed, I follow back !
&
I followed, You follow back !

Korang-korang !



 Wehoooo !
Greetings bloggers terchentaaa !

Okay,
Seriousshit aku bosan gila tahap gaban gila babi harammmmm !
Dah lah kena tinggal sorang-sorang je minggu ni..
Haishhhh -.-

Dengan hati yang rela tapi terpaksa,
aku redhakan je lah nasib aku kena stay sorang-sorang je 3hari without roommates.
Sedih kan?

Eventhough aku takde lah rapat mana dengan roommates aku, tapi aku rindu diorang wehhh !
Kalau takde diorang semua, senyap sunyi je lah bilik ni.
Jangan harap aku boleh gelak sesuka hati kalau takde diorang ni.
Memekak macam mana sekalipun roommates aku nih, diorang tetap fun and funny !
HIHI

Diorang takde lah banyak sangat bercakap dengan aku.
Pelik !  Weirdo !
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?
Haishhh !

Korang si roommates aku, kenapa?
Aku ni muka KETAT sangat aeh?
Ke korang tengok aku ni BERLAGAK semacam?
Ke aku tak layak masuk dalam list kawan-kawan korang?

HAHA
Takde pape lahhh..bukan nak touching.
Saje je.. aku ni je haa yang susah sikit nak tegur orang.

BUKAN SOMBONG !

BUKAN BERLAGAK !

Aku ni nak kata PEMALU tak jugak..
Tapi agak susah untuk aku memulakan conversation a.k.a perbualan tu.
Ntah..dop tahu lah plop.

Confident level aku low kotttt !
Tu lah sebab utama aku ni tak ramai kawan... heeee~

Sumpah tak tipu..
Dengan lelaki ke perempuan ke, aku memang susah sikit nak tegur orang.
Lagi-lagi mana yang aku tengok muka tu macam nak makan aku je kan.. tengok pulak atas-bawah je.
Mana aku tak takut T.T

Neway, aku suka berkawan !

Sekali kau dah berkawan dengan aku..
Siap sedia lah telinga kau dengan pape pendinding sebab aku ni Mulut Becok okay !
HAHA

Aku susah tu susah jugak nak mulakan conversation.
Tapi sekali dah bukak table !
Naahh kau, itu table aku yang punya !
Errr?
Takde lah sampai macam tu sekali kan..tipu je aku ni !

Kena tahan jugak dengan masalah Kuat Touching aku ni.
Teramat lah sensitif si Ijat ni yea korang-korang !
Takde lah touching mana.

Biasalah bila orang nak gurau tu aku tak kisah..
Tapi..ni tak, yang g gurau hal personal tu kenapa?
Aku ada gurau ganas-ganas macam tu ke?
Tau pulak kau marah kan !

*Sorry bloggers, bukan untuk korang. Dedicated to ex-bff aku*

Okay okay, tu je dulu.
Aku dah dapat kawan nak tidur sama malam nih !
Yehaaaa !
Nak packing baju... !
Aku yang g merayau bilik orang malam ni
:)
Bye bye !
Hugs ! Kissess ! Warmest regards !
I love You lahhh korang !

You followed, I follow back !
&
I followed, You follow back !



I Love You



Demmit !
Sumpah bosan gila tahan gaban macam siput babi !

Tak tau nak post pasal apa.
Ni je yang ada.

Power words from me to you :

I Love You !

You !
Yessss..you lahhh !
You You and Youuu !
^^

Okay, tu je !
Bye bye !
Hugs ! Kissess ! Warmest regards !
I love You lahh korangg !



You followed, I follow back !
&
I followed, you follow back !


Friday, 25 November 2011

Jangan Takut Kahwin Awal



Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, INGAT RUKUN NIKAH. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)


Dengan itu, aku pun tak kisah kalau dah ditakdirkan aku kahwin awal.
Aku Tak Kisah Kahwin Awal !
HEHE

Lagipun lagi lah bebas korang nak kesana-sini sama-sama tanpa FITNAH.
Betul tak?
Korang boleh enjoy sama-sama...lagi-lagi time muda macam sekarang ni.
Seronok!

Kebanyakan orang fikir
'Ouh, kahwin lah. Ada anak. Tak nak lah. Muda lagi'
Bukan macam tu, korang boleh kahwin awal.
Tapi, pandai lah merancang keluarga ye abang-abang and kakak-kakak sekalian.
Jangan lah fikir kahwin tu mesti ada anak je.

Korang plan lah umur berapa nak ada anak.
Yang penting income mesti stable dulu lahh.

Jangan membazir pun yea jugak.

Time belum ada anak tu kumpul-kumpul lah duit untuk masa depan.
Mana tau boleh guna untuk emergency cases and bakal anak-anak korang nanti.
Prepare apa yang penting okay?

Nak dapat pahala banyak ke dosa banyak?
So, jangan asyik nak berkepit tanpa hubungan yang sah.

Kahwin lah!
^^

Okay tu je !
Hugs ! Kisses ! Warmest regards !
I love You lahhh korang !

You followed, I follow back !
&
I followed, You follow back !

Thursday, 24 November 2011

Technical problem



Okay korang.
Nampak gambar tu kan?

Nak cakap,

SORRY !

MINTAK MAAF !

kepada BLOGGERS yang mem-follow blog aku nih yawww.
Aku nak me-reply comments korang pun tak boleh.

BUKAN tak nak, tapi WIFI nih macam haram.

WIFI laju tahap gaban siput vavi harammmm !
HAHA

Bangang Bengang sehhhh !
Sabar je lah kannn..padahal aku dah log in gitu.
Tapi nak masalah teknikal bagai
-_-

Lagi aku bengang bila natang berok *Broadband* aku hilang !
Panas je hati niiii !
Cool wehhh, panas lagi Api Neraka tu haaa
^^

Boleh pulak bawak g travel, simpan elok-elok dalam luggage..tetiba hilang?
Pelik aku lahh..aku takde keluarkan pun.
Tapi macam mana kawan aku cakap dia nampak berok aku tu atas meja?
Haishhh !
Dah lahhh, hal lama..lupakan je la ye.

Btw, takpe, no worries !
Korang tunggu aku g tangkap berok-bang baru okay?
Nanti dah ada berok, laju sikit.
Baru boleh macam-macam, bagai-bagai kat siniiiii !

If so, I am so sorry fer anything and everything yawww!
Please appologize me T.T

TERIMA KASIH
kepada yang already followed
kepada yang baru nak follow
kepada yang tak nak follow jugak

Okay tu je.
Bye bye korang !
I love You lah koranggg!
Hugs ! Kissess ! Warmest regards !

You followed, I follow back !
&
I followed, you follow back !